Tuesday 1 May 2012

Mikro P&P Perbincangan


Perbincangan tugasan bersama murid.

Mikro P&P Langkah 1


Set Induksi Pengajaran


Set Induksi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah bertujuan untuk menarik perhatian murid. Menyanyi merupakan satu aktiviti set induksi yang digemari murid.

Monday 16 April 2012

PELAJAR CEMERLANG UPSR 2011






KEGIGIHAN...

Baca petikan kemudian jawab soalan-soalan di bawah.

Amir tidak mahu bercerita lagi tentang dirinya kecuali didesak. Entah mengapa, banyak orang yang ingin tahu tentang cerita dirinya. Pada Amir, perjalanan hidupnya yang begitu sukar seolah-olah tidak diterima akal. Orang sekarang tidak begitu percaya akan ceritanya. Mana tidaknya, budak-budak sekarang senang. Lahir sahaja di dunia, segala-galanya tersedia. Kini, ungkapan makan ubi rebus atau bubur nasi, pergi ke sekolah berkaki ayam dan tidak cukup makan jarang-jarang berlaku.

Masih segar dalam ingatannya, bangun pagi, ibu dan bapanya sudah berada di kebun getah. Mereka mengambil upah menoreh getah di kebun Pak Dolah. Pukul satu nanti baru ibu dan bapanya balik. Tiada wang belanja dibekalkan. Kalau ibu sempat membekalkan ubi rebus, itulah yang akan dibawanya. Biarpun terasa jemu makan ubi rebus, namun apakan daya.

Sekiranya ada kelapangan, dia akan turut ke kebun. Ringanlah sedikit beban ibu dan bapanya. Walaupun tidak menoreh, Amir akan menolong ibu dan bapanya memungut susu getah. Hatinya berasa puas kerana dapat membantu mereka.

"Hidup ini mesti kuubah. Hanya aku yang mampu mengubah nasibku sendiri. Aku tidak rela kesusahan ini  membelenggu mereka sampai ke tua," Amir berjanji kepada dirinya sendiri.

Usaha tangga kejayaan. Amir berpegang teguh kepada prinsip ini. Satu demi satu rintangan dihadapi sehinggalah dia berjaya masuk ke universiti. Kesusahan yang dialami semasa belajar di universiti tidak perlu diceritakan. Pantang ada cuti, dia akan membanting tulang mencari wang untuk menyara diri. Ibu dan bapanya masih ada tanggungan yang perlu disara. Lima orang adiknya masih bersekolah. Pengalaman seperti bekerja di restoran, menjadi buruh binaan, memotong rumput, mencuci kereta dan menjaga kuda bukanlah asing baginya. Semangat Amir kental sekali.

"Dato' Seri, Pengerusi Rumah Anak Yatim Damai yang Dato' Seriu hendak jumpa itu sudah sampai," kata Salimi, pembantu khasnya. Amir tersedar daripada lamunan. Dengan lembut, Amir memberikan respons.

"Oh, ya! Minta beliau masuk ke bilik saya. Tolong sediakan cek yang bernilai RM 500 000.00 atas nama Rumah Anak Yatim Damai," kata Amir kepada Salimi.

"Dato' Seri, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana Dato' Seri sudi memberikan sumbangan ini. Saya bagi pihak Rumah Anak Yatim Damai tidak dapat membalas jasa Dato' Seri. Semoga Allah membalasnya," kata Haji Salleh, selaku Pengerusi Rumah Anak Yatim Damai. Air mata Haji Salleh jelas membasahi pipinya. Dia berasa sungguh terharu.

"Itulah sedikit sumbangan yang dapat saya berikan, Tuan Haji. Sebenarnya, kekayaan yang saya miliki ini bukan milik saya seorang. Tuhan hanya menyalurkan kekayaan itu kepada saya. Tugas saya adalah mengagihkannya kepada pihak yang memerlukan," kata Amir merendah diri.

Latihan 1

1. Apakah pekerjaan ibu bapa Amir?
    ______________________________________________________________________________

2. Di manakah ibu bapa Amir menoreh getah?
    _______________________________________________________________________________

3. Senaraikan pekerjaan yang telah dilakukan oleh Amir.
    _______________________________________________________________________________

4. Ceritakan kehidupan Amir semasa kecil dan kehidupannya kini.
    _______________________________________________________________________________

5. Nyatakan pengajaran yang terdapat dalam petikan.
    _______________________________________________________________________________

Latihan 2
Berikan makna perkataan yang terdapat dalam petikan.

sukar - 
segar -
menolong -
turut -
rintangan -
memotong-

Latihan 3
Bina ayat daripada perkataan yang berikut.

1. sukar
    _______________________________________________________________________________

2. segar
    _______________________________________________________________________________

3. menolong
    _______________________________________________________________________________

4. turut
    _______________________________________________________________________________

5. rintangan
    _______________________________________________________________________________

6. memotong
    _______________________________________________________________________________





Saturday 14 April 2012

PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN


  1. Baca arahan.
  2. Baca petikan sebanyak 2 kali..
  3. Baca soalan dan cari jawapan dalam petikan.
  4. Garis jawapan dalam petikan.
  5. Jawab soalan dan semak.

KELEMAHAN CALON MENJAWAB KERTAS SOALAN PEMAHAMAN 011
  1. Tidak memahami maksud perkataan.
  2. Sukar membuat pilihan jawapan 'perangkap'
  3. Keliru dengan ayat salah/ betul.
  4. Tidak menguasai kosa kata.
  5. Tidak membaca petikan semasa menjawab.

PANDUAN MENJAWAB SOALAN TATABAHASA


  • Baca arahan dengan teliti.
  • Garisi kata atau frasa yang boleh menjadi kata kunci soalan.
  • Baca soalan dengan berhati-hati.
  • Garisi kata kunci dalam soalan. Sekiranya soalan itu soalan bergambar, teliti gambar yang diberi.
  • Baca jawapan dengan cermat.
  • Pangkah jawapan yang dianggap salah sama sekali.
  • Bagi soalan berbentuk ROMAN gunakan teknik PILIH BUANG.